Trending

Gadis Dakwa Kenal Imam Mahadi, Abang Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Published on

Baru-baru ini, kecoh di Twitter apabila seorang gadis memuat naik kenyataan mendakwa mengenali Imam Mahadi. Dakwaan yang dibuat telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai sehingga mendapat kecaman bertubi-tubi.

Bertanggungjawab untuk menjernihkan keadaan, seorang individu yang dikenali sebagai Ihsan Syakirin memohon maaf bagi pihak adiknya. Katanya, adik sebenarnya mempunyai masalah berkaitan mental iaitu Schizophrenia sejak dari bangku sekolah.

Mereka sekeluarga telah mencuba yang terbaik iaitu dengan membawa adik berubat hampir setiap minggu. Selain hijab terbuka, adiknya juga sering mendengar bisikan dan histeria semasa sekolah menengah.

Ihsan Syakirin dan keluarga turut memohon agar kecaman kepada adiknya dihentikan. Sebagai jalan penyelesaian, dia menyeru orang ramai melaporkan akaun Twitter adik supaya ianya ditutup.

Dengan rendah diri, dia memohon warga Twitter mengabaikan apa yang sudah ditulis adik memandangkan keadaan dirinya yang ‘sakit’.

Kredit: Ihsan Syakirinn

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version