Menurut Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon yang ditemui Harian Metro, suspek ditangkap ketika Op Saga Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau yang dilakukan di sebuah premis kedai serbaneka yang terletak di Singai Tondong sekitar jam 4 petang.
Polis merampas satu telefon bimbit berserta kad SIM, satu helai resit bertulis angka-angka Fifa World Cup 2022 Qatar, pencetak mudah alih berwarna hitam dan sejumlah wang tunai.
Poge Nyaon juga memaklumkan bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak.