Seperti yang kita tahu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa banjir bakal melanda negeri-negeri di Malaysia selepas taburan hujan dijangka meningkat bermula November tahun ini dan dijangka berterusan sehingga ke bulan Februari tahun 2023.
Kini, dapat dilihat banjir berlaku di beberapa negeri seperti di Johor dan Perak ekoran hujan lebat yang turun sejak beberapa hari yang lalu.
Air bertakung atas jalan, lelaki sanggup berhujan buat parit kecil
Dikala hujan lebat yang tidak menentu melanda beberapa negeri di Malaysia, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki mulia yang sanggup meredah hujan bagi memudahkan pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemuda berkenaan menggunakan cangkul untuk membuat parit bagi memastikan air yang bertakung atas jalan raya mengalir sekaligus memudahkan pengguna jalan raya yang sedang melalui jalan tersebut.
Banyak pahala abang ni
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda ini dan berdoa agar segala urusannya juga dipermudahkan.