Trending

Dipuji Kacak, Atlet Malaysia Welson Sim Jadi Bualan Netizen China Dan Thai

Published on

Tampil kacak semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet renang Malaysia, Welson Sim meraih perhatian khususnya netizen di China dan Thailand. Welson yang memakai busana tradisional itu menjadi tumpuan lensa kamera selama beberapa saat membuatkan ramai tertanya-tanya identiti atlet tersebut.

Difahamkan, sejak kemunculannya di upacara pembukaan, nama Welson menjadi trending di sebuah laman sosial China iaitu Weibo. Wow!

Selain netizen China, perenang berusia 24 tahun ini juga berjaya memikat hati penonton daripada negara Thailand. Mendapat lebih 19k retweet, netizen tersebut meneka Welson sekali lagi akan menjadi kegilaan ramai seperti di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Malah, ada juga yang mendakwa perenang berasal dari Sarawak ini mirip penyanyi K-pop, D.O dari kumpulan EXO. Patutlah ramai yang cair walaupun Welson memakai pelitup muka pada malam itu kan?

Dalam perkembangan sukan, Welson Sim gagal melayakkan diri ke final 400 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Tokyo. Perenang itu menduduki tempat ke-33 daripada 36 perenang dalam ranking keseluruhan acara itu.

Kredit: Twitter , The Star

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Exit mobile version