Difahamkan lelaki yang bercuti bersama isteri dan anak-anaknya di Genting Highland bertindak demikian kerana mengalami tekanan perasaan di tempat kerja.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik Kosmo Online di TikTok, lelaki tersebut kelihatan seperti merayu-rayu dan bertindak melutut di atas lantai bersebelahan isteri dan anak-anaknya.
Orang begini patut dibantu
Video yang tular tersebut mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka menyelar netizen lain yang bertindak mempermain dan mempersendakan tindakan lelaki berkenaan.
Diharapkan agar segala urusan dan masalah yang dihadapi lelaki tersebut dipermudahkan.
Penulis juga ingin mengingatkan kepada pembaca janganlah terlalu cepat menghukum seseorang itu, sebaliknya siasatlah terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya penyebaran berita palsu.