Trending

Denda RM10,000 ‘Abang Botak’ Hentak Cermin Kereta Dengan Helmet Kekal

Published on

Nampaknya hukuman denda RM10,000 ke atas ‘Abang Botak’ yang sebelum ini pernah viral dikekalkan tanpa sebarang pengurangan.

Mesti korang masih ingat dengan kejadian ni dalam satu video yang viral menunjukkan seorang lelaki telah menghentak cermin hadapan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar.

Keputusan untuk mengekalkan jumlah denda ini dibuat selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Danial sebelum ini telah mengaku bersalah selepas didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 60, dengan cara mengetuk menggunakan topi keledar di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, pada 5.30 petang 28 Mei 2019.

Perbuatan Danial dapat dilihat melalui rakaman dashcam milik mangsa dan kejadian berpunca akibat dia bengang dengan Siew yang membunyikan hon kereta berulang kali membuatkan dia bertindak turun dari motosikal dan menghentak cermin kereta mangsa.

Danial dihukum mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version