Tular satu video di media sosial TikTok apabila penyampai radio, Radin dan usahawan Dato Seri Vida berada dalam kedudukan yang rapat ketila melakukan aksi yang sedang trending di platfrom tersebut.
Dalam pada itu, terdapat juga Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan anak Vida sendiri iaitu Cik B turut sama-sama melakukan trend tersebut.
Namun, aksi Radin dan Vida itu mengundang perbualan pada warga netizen yang kebanyakkannya mengusik penyampai radio itu kerana berada rapat dengan usahawan popular itu.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin.