Trending

“Bukan Aku Yang Bawa Ke Thailand” – Fara Salleh Geram Terpalit Kontroversi Syamsul Dan Ira

Published on

Dalam kepanasan perkahwinan kali kedua Syamsul Yusof, nama Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan pelawak, Shuk Sahar turut menerima tempias.

BACA: “Terlanjur Mencintai” – Ayu Puteh Dedah Ira Kazar Pernah Minta Syamsul Pulang Kepada Keluarga

Baru-baru ini, Fara telah memuat naik posting di Instagram miliknya meminta netizen untuk berhenti mendakwa dirinya terlibat dengan kontroversi berkenaan.

Tak terlibat

Fara memaklumkan dirinya kurang senang dengan segelintir netizen yang mengasak dirinya menceritakan isu yang tiada kena mengena dengan dirinya.

Sejujurnya, saya tak terlibat dan tak tahu mengenai mereka. Bukan saya yang bawa mereka ke Thailand dan saya tak bekerja sebagai imigresen yang cop passport mereka atau jadi kadi.

Tambahan, dirinya juga memberitahu telah dimasukkan ke hospital pada jam 3 pagi kerana kurang sihat dan meminta agar netizen berhenti menghantar mesej mengecam dirinya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version