Perkahwinan sukarelawan terkenal, Abang Viva beberapa bulan yang lalu mendapat perhatian warganet selepas timbulnya kontroversi yang mengatakan bahawa perkahwinannya itu tidak direstui keluarga.
Namun begitu, kemelut tersebut telah pun selesai selepas satu perbincangan sesama keluarga dilakukan.
Abang Viva sanding 31 Disember
Terbaru, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar memuat naik satu hantaran di Facebooknya memaklumkan bahawa dia akan mengadakan majlis persandingan pada 31 Disember ini. Wah tahniah Abang Viva.
Menurutnya, majlis persandingan itu akan diadakan secara kecil-kecilan di rumah ibu dan bapanya yang terletak di Alor Gajah, Melaka.
Assalamualaikum
Saya Azwan Omar (Abang Viva) akan membuat majlis resepsi perkahwinan pada 31 disember 2022 bertempat di Taman Pengkalan Indah (rumah mak ayah).
Dalam pada itu, Abang Viva juga sempat berseloroh kepada para pengikutnya dengan mengatakan bahawa dia sangat mengalu-alukan tajaan untuk majlis resepsinya kerana kekurangan bajet.
Tetapi buat secara kecil-kecilan sahaja (budget takde).
Saya mohon doa dari semua untuk majlis kami nanti (kalau ada nak sponsor bleh dm, dialu alukan sangat), sekian terima kasih.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan dipermudah.