Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa meluahkan rasa rindu dengan bapanya yang kini di penjara di atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Story, Yana berkata dia tak dapat membeli barangan keperluan harian seperti biasa kerana serba salah. Dia teringat bapa makan apa di penjara.
Kata Yana, bapanya juga mesti rindu dengan air kegemarannya iaitu Caramel Macchiato daripada Starbucks.
Sesiapa yang mengenali bapanya pasti tahu Bossku suka makan dan sebagai seorang anak dia merindui momen-momen membelikan makanan kegemaran bapanya itu.
Dalam pada itu, Najib Razak dikhabarkan dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga berpeluang berjumpa peguam dan ahli keluarga mengikut masa yang ditetapkan.
Beliau banyak menggunakan masa untuk mencatit pendapat dan menyerahkannya kepada peguam atau ahli keluarga untuk dikongsi kepada semua.