Trending

Boleh Ke Alam Barzakh Kalau Tak Perasan Bonggol Tinggi Macam Ni – Netizen

Published on

Siapa yang bawa kereta lowared mesti akan rasa berdebar tiap kali nampak dan kena lalu jalan yang berbonggol tinggi. Bila dengar bunyi sagat bawah kereta tu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini. Huhu!

Mungkin itulah juga apa yang dirasai pengguna jalan raya yang lalu jalan di sekitar Bandar Baru Sentul. Memetik laporan Kosmo, pengguna jalan raya berasa berang apabila pihak tertentu tidak memikirkan keselamatan pengguna.

Perkara ini menjadi viral selepas tersebar pula video menunjukkan banyak kenderaan yang terbang kerana tidak perasan wujudnya bonggol tinggi di laluan terbabit. Bonggol itu sudahlah tinggi, tidak pula dicat dengan warna kuning untuk memberi amaran kepada pengguna.

Kereta dan motosikal automatik terbang sekiranya melalui jalan tersebut. Boleh ke alam barzakh jika tak perasan bonggol tu. – Kata seorang pengguna.

Lebih bahaya bila ramai yang terpaksa menekan brek kenderaan secara mengejut dan ia boleh mengundang kemalangan.

Ini kes buat kerja tak habis ni, rasanya minggu ni boleh siap. Harap dipercepatkan sebab bimbang keselamatan orang lain. Mana yang tak perasan, kepala hantuk bumbung kereta la jawabnya.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version