Pendakwah Da’i Fuad Mokhtar tampil menegur seorang TikTokers membawa gelaran guru yang dilihat ligat menari di aplikasi itu.
Di ruangan komen video tersebut, Dai Fuad meninggalkan respon supaya individu itu membuang nama ‘cikgu’ yang dimilikinya.
Dah boleh buang nama cikgu tu
Cikgu itu dilihat membalas semula komen mengatakan sekali sudah menjadi cikgu, selamanya seseorang itu akan digelar cikgu. Dia juga dilihat enggan mengulas panjang sebab yang menegurnya itu adalah seorang dai.
Penceramah Dai Fuad dalam satu hantaran video menjelaskan tegurannya itu bukanlah untuk mengguris hati sesiapa. Dia menegur kerana risau dengan kerosakan akhlak pelajar-pelajar kini.
“Ikut trend, cikgu kami pun menari”
Katanya, pergaulan bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah sekarang ini cukup melampau batas. Dia juga melihat ramai pelajar perempuan menari dan menayangkan tubuh badan dengan alasan hanya ‘menari’, ikut trend memandangkan cikgu kami pun menari.
Beliau juga bimbang pergaulan bebas ini akan mengundang kepada perbuatan zina. Beliau meminta maaf kerana terpaksa menegur dan berharap cikgu dapat mendidik dengan sahsiah bukannya hanya akademik.
Dai Fuad turut mencadangkan cikgu tersebut letak jawatan seperti Cikgu Nami jika mahu terkinja-kinja di media sosial.
Katanya, Cikgu Nami sengaja ‘resign’ kerana menghormati profesion seorang guru dan tidak mahu mencemarkan nama baik guru jika suatu hari nanti dia ada buat salah.
Kredit: TikTok Dai Fuad
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.