Sejak akhir-akhir ini, nama Puteri Balqis menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada yang menggelarkan pelakon cilik itu dengan gelaran sundal hanya kerana dia menggayakan imej yang seksi di media sosial.
Meskipun begitu, pelakon cilik yang pernah membintangi filem KL Special Force itu dilihat menjawab pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya dengan penuh tenang dan matang.
Perangai ayah kandung seperti ‘binatang’
Terbaru, Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish dijemput menerusi saluran YouTube brosgangtv untuk berkongsi kisah disebalik terjadinya identiti ‘Aqish’ yang ketika ini dilihat sangat berlainan dengan dirinya sewaktu kecil dulu.
Menerusi sesi podcast bersama dua pengacara itu, Aqish membuat satu pengakuan yang mengejutkan orang ramai mengenai sikap sebenar ayah kandungnya.
Aqish memaklumkan bahawa bukan sahaja bapanya itu merupakan seorang yang malas, bahkan dia juga tidak pernah menerima sebarang didikan agama daripada bapanya itu.
Ini kerana, agak sukar untuk Aqish meyakinkan orang luar mengenai penderitaan yang dialami mereka kerana penampilan ibunya yang bertatu manakala bapanya seorang yang berjubah dan berkopiah.
Netizen sudah jangkakan pasti ada sesuatu yang tak kena
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan mula faham perubahan yang berlaku dalam diri Aqish selepas mengetahui penderitaan yang dialami pelakon itu sejak dari kecil lagi.
Semoga Aqish dan ibu terus kuat dalam menjalani ujian dan dugaan kehidupan.