Perlawanan Liga Super di antara pasukan Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung malam tadi berakhir dengan keputusan memihak kepada JDT yang menewaskan pasukan N9 dengan jaringan satu berbalas kosong.
Kedua-dua pasukan menunjukkan mutu permainan yang sangat baik dengan dilihat N9 seperti mampu untuk mengikat perlawanan hingga ke akhir perlawanan. Namun pada minit-minit akhir permainan, jaringan cantik yang dilakukan pemain JDT, Fernando Forestieri berjaya memberikan kemenangan buat pasukannya.
Perlawanan yang sengit pada malam tadi sangat menakjubkan apabila pasukan tuan rumah Negeri Sembilan FC beraksi dengan sangat baik menentang ketika juara bertahan Liga Super itu. Namun, taktikal yang dilakukan oleh penjaga gol pasukan N9 dilihat tidak menunjukkan semangat berpasukan selepas tindakannya yang sengaja melengah-lengahkan permainan pada minit akhir perlawanan.
Dapat dilihat menerusi video yang tular di TikTok, penjaga gol pasukan N9, Syihan Hazmi dilayangkan kad kuning kerana melengah-lengahkan perlawanan. Dia kemudiannya kelihatan seakan berbisik sesuatu kepada budak milo selepas dilayangkan kad kuning itu.
Selang beberapa minit kemudian, pengadil memberikan amaran kepada budak milo tersebut yang dilihat sengaja melengahkan perlawanan dengan bertindak mengutip bola di luar perlawanan secara perlahan. Hasil daripada tindakan dan taktikal itu, pengadil membuat keputusan memberikan masa tambahan sebanyak 10 minit di waktu kecederaan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan pengadil yang memberikan tambahan masa sebanyak 10 minit di waktu kecederaan kerana taktikal yang digunakan pasukan tuan rumah yang terlalu melengahkan minit permainan.