Trending

Bekas ADUN Asahan Meninggal Dunia

Published on

Sebentar tadi, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan yang juga merupakan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Seri Abdul Ghaafar Atan telahpun meninggal dunia.

BACA : Posting Duit Lama Adun Jeram Tarik Perhatian, Ramai Buat Koleksi Rupanya!

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya kra-kira jam 1 tengah hari tadi di Hospital Melaka.

Pemergiannya telah disahkan Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa ketika dihubungi pihak Harian Metro.

Beliau yang sebelum ini telah dijangkiti wabak yang melanda dalam keadaan kritikal sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Melaka.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan semoga tabah atas kehilangan insan tersayang, Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Comments

Exit mobile version