Dipercayai kerana sambutan tidak menggalakkan, peniaga di bazar raya Stadium Shah Alam meluahkan rasa kesal dan mendakwa penganjur program tidak buat kerja.
BACA: Tular Video BMW Terperangkap Dalam Bazar Ramadan
Menerusi video viral di TikTok, peniaga yang menyewa tapak menyerang penganjur meminta supaya mereka lebih bertanggungjawab.
Difahamkan, walaupun sudah beberapa hari dibuka, orang ramai masih tidak tahu mengenai kewujudan bazar raya itu. Perkara itu membuatkan peniaga berdepan dengan kerugian kerana tiada jualan langsung.
Peniaga berpendapat sebagai penganjur mereka seharusnya membuat promosi supaya orang ramai sedar mengenai bazar raya di tempat itu.
Meninjau ke ruangan komen, orang Shah Alam sendiri tak tahu wujudnya bazar raya di situ dan kebanyakan mereka berkunjung ke kompleks PKNS sahaja.
Kesiannya peniaga, modal dah keluar, nak bayar gaji pekerja lagi kan. Semoga ada jalan penyelesaian kepada isu ini.
Kredit: TikTok @nesloooaiss
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.