Trending

Baru Pertama Kali Dihantar Kepada Pengasuh, Bayi Lebam Di Anggota Badan

Published on

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak aduan mengenai pengasuh yang mendera dan mengabaikan tanggungjawab mereka di tempat asuhan. Kes seperti ini semakin hari semakin menjadi-jadi.

BACA: Polis Tahan Pengetua Pusat Asuhan Warga Asing Dera Kanak-Kanak Autisme

Menurut Bernama, seorang bayi perempuan berumur 7 bulan yang dihantar ke pengasuh di Taman Selayang Jaya, Selayang didapati mempunyai kesan lebam pada muka, pipi, telinga dan paha kiri.

Ibu menyedari kesan lebam

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata ibu kepada bayi itu menyedari kesan lebam selepas mengambilnya pulang dari rumah pengasuh tersebut.

Siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah pengasuh tersebut buat pertama kali pada kira-kira 9 pagi dan diambil semula oleh ibunya pada 4.30 petang pada hari yang sama.

Lebam kemerahan pada badan

Menurut Zainal Mohamed lagi, ibu bayi tersebut menyedari kesan lebam kemerahan pada anggota badan anaknya dan terus membuat laporan polis pada 6.30 petang. Mangsa kini dirawat di Hospital Selayang kerana didapati mempunyai kecederaan tisu lembut pada bahagian paha kiri dan muka kiri.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version