Berita baik itu dikongsikan Azizan yang memuat naik tangkap layar menerima pengesahan e-mel daripada MIA berhubung permohonannya menerusi laman Instagramnya.
Tak percaya!!! Masya Allah Tabarakallah baru dapat approval diterima sebagai Chartered Accountant (Malaysian Institute of Accountant)!
Impian boleh jadi kenyataan! Alhamdulillah! Saya tak tahu nak cakap macam mana.
Menerusi e-mel tersebut, pihak MIA juga mengucapkan tahniah dan akan menghantar surat rasmi kepada Azizan dalam masa terdekat serta meminta Azizan untuk mengikuti Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukannya.
Untuk info, Azizan sebelum ini telah berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU).