Oh! Artis

“Apa Bendalah Sokong Penyondol”, Aliff Syukri Bakal Bekerjasama Dengan ‘Skandal’ View Chin

Published on

Aliff Syukri, usahawan terkenal menyatakan kali ini dia bakal bekerjasama dengan pengacara TikTok, Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Meera.

Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram milik usahawan itu, dia telah memuat naik video menari bersama Meera yang pernah dikaitkan dengan isu menyondol suami majikannya sendiri iaitu View Chin.

Dalam pada itu, Aliff juga berkata Meera bakal menjadi model untuk memperagakan jenama tudung keluaran terbaharu iaitu AS Hijab oleh Aliff Syukri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan terkenal itu mengambil Meera sebagai modelnya.

Malah, ada juga yang mengatakan ia seperti mengambil kesempatan ke atas kontroversi yang dikaitkan dengan pengacara berkenaan.

Tambahan, ada juga beberapa warganet berpakat mengambil keputusan untuk tidak mengikuti lagi Aliff di media sosial kerana tidak bersetuju dengan keputusannya yang mahu bekerjasama dengan seseorang yang pernah menjadi perosak rumah tangga orang lain atau ‘penyondol’.

Sebelum ini, Aliff Syukri juga pernah dikecam teruk oleh netizen selepas videonya gelek punggung bersama pelakon Ifa Raziah.

BACA: (Video) Ifa Raziah Dikecam Gelek Punggung Dengan Aliff Syukri, “Monyet Pun Tahu Malu”

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version