Trending

“Anak Nak Ke Sekolah Macam Mana?” – Bekas Isteri Dakwa DDNK Ambil Semua Kereta Sampai Menyusahkan

Published on

Kembali dengan perkembangan terbaru isu antara Datuk Mohd Nazri Khan (DDNK) dan bekas isterinya Hasmawatie yang mendakwa DDNK telah mengambil semua kereta hingga menyusahkannya.

Sebelum ini, Hasmawatie memaklumkan di Facebook sedang menguruskan penjualan dua buah kereta atas namanya dan bekas suami yang turut mendapat persetujuan DDNK.

Namun, DDNK secara tiba-tiba menarik balik keputusan itu dan mengambil kedua-dua kereta itu semula.

Disebabkan hal tersebut, wanita itu meluahkan rasa terkilan apabila mendengar respon DDNK selepas ditanya bagaimana tentang anak mereka untuk hantar dan pulang dari sekolah.

Biarpun sudah diberikan butiran mengenai kereta lain sebagai ganti, namun tiada sebarang perkembangan berkaitan hal terbabit. Susulan itu, Hasmawatie bertegas bahawa dirinya tidak akan halalkan apa-apa jika diselesaikan dengan cara baik.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version