Namun, jangan terkejut sekiranya kaum lelaki juga berisiko tinggi untuk menerima gangguan seksual.
Abang nak main tak?
Tular di Twitter satu kejadian cemas yang dihadapi sekumpulan orang lelaki selepas mereka didatangi dan diceroboh seorang lelaki yang tidak dikenali di rumah sewa mereka.
CREEPY GILA! Laki ni datang nak masuk rumah kitorang tengah malam, nasib kitorang sempat kunci pintu.
Menerusi ciapan dibuat @darwisy_aziz itu, dia berkongsi keadaan cemas diganggu seorang lelaki yang cuba untuk memasuki rumah mereka melalui pintu belakang dan mengajak mereka untuk ‘bermain’.
Apa yang mencemaskan ialah, lelaki yang mengganggu mereka itu berjaya masuk ke dalam rumah sewa mereka dipercayai selepas dibawa masuk oleh seorang penghuni baru yang turut menyewa di rumah tersebut.
Menurut Darwisy lagi, penyewa baru yang seakan mencurigakan itu duduk berdua-duaan dengan lelaki itu selama hampir satu jam di dalam bilik.
Tidak tahu apa yang dilakukan, Darwisy kemudiannya bertindak memaklumkan perkara itu kepada pemilik rumah dan menyebabkan penyewa baru itu dihalau keluar.
Jadi lelaki pun dah tak selamat sekarang ni
Perkongsian Darwisy itu mendapat respon dan perhatian warganet. Rata-rata mereka meluahkan rasa takut melihat keadaan yang dihadapi lelaki berkenaan.
Sentiasa berhati-hati korang, jadi lelaki pun dah tak selamat dah sekarang ni.