Oh! Artis

Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Jumpa Ibu Bapa Minta Maaf

Published on

Isu antara pelakon, Datuk Aaron Aziz dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof nampaknya masih berlarutan hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, Aaron baru-baru ini ada menyatakan masalah antara mereka dapat diselesaikan sebaik sahaja Syamsul memohon maaf kepada kedua orang tuanya.

Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Dalam pada itu, Aaron juga memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk pelakon Sharnaaz Ahmad untuk tidak masuk campur dalam isu ini.

Beritahu dia, Sharnaaz untuk tak perlu masuk campur. Kepada pelakon atau sesiapa sahaja yang tidak terbabit dengan produksi, jangan masuk campur.

Aaron kemudian tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lagi selepas isterinya, Datin Diyana Malik meminta untuk tidak berikan sebarang kenyataan lain.

Kredit: BH Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version