Oh! Travel

Ikuti Jadual Perjalanan 3 Hari 2 Malam Ke Kota Surabaya, Destinasi Terbaik Untuk Pencinta Alam

Published on

Korang belum pernah bercuti ke Kota Surabaya, Indonesia? Tak tahu nak ke destinasi mana jika dah tiba di Kota Pahlawan?

Jangan risau, ini adalah jadual perjalanan bercuti 3 hari 2 malam ke Kota Surabaya yang terletak di Indonesia dikongsikan oleh Eirra Artikah.

Untuk pengetahuan korang, tiket kapal terbang pergi dan balik untuk ke Surabaya hanya memerlukan RM 265 sahaja, murah kan?

Dalam pada itu, harga penginapan hotel di sana juga sangat berpatutan untuk 2 malam iaitu RM 160.83.

Destinasi dan jadual perjalanan ini sesuai untuk mereka yang gemar bercuti secara ‘backpackers‘ dan suka akan keindahan alam semula jadi di sana.

Hari pertama

Bermulalah hari pertama, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Surabaya yang hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja.

Setibanya di Kota Surabaya yang terkenal dengan gelaran Kota Pahlawan, korang boleh mula daftar masuk ke hotel yang sudah ditempah.

Pengangkutan untuk ke Kota Malang boleh menggunakan pengangkutan peribadi yang perlu dibayar servisnya sebanyak RM 45 untuk seorang.

Ketika perjalanan ke Kota Malang, korang dapat melihat permandangan gunung yang banyak dan cantik.

Dari segi makanan pula, tidak memakan kos yang banyak kerana harga sangat murah, contohnya nasi lalap yang berharga RM3 sahaja. Berbaloi kan!

Hari kedua

Untuk hari kedua, korang boleh ke beberapa destinasi menarik seperti Semeru Street View, Kali Kebo, Sarkawi, Jeep Splash Water View Semeru, dan Panorama Air Terjun Kapas Biru.

Untuk ke Air Terjun Tumpak Sewu pula, korang perlu mendaki sedikit untuk sampai ke atas dan dapatlah menikmati pemandangan yang indah.

Kos perbelanjaan untuk ke destinasi- destinasi berkenaan hanya memerlukan RM 215.46 untuk seorang sahaja.

Di sebelah petang pula, korang boleh menaiki pengangkutan ‘angkot’ yang dperlu dibayar 5000 rupiah iaitu RM1.51 sahaja untuk ke pekan kecil di Kota Malang.

Hari ketiga

Untuk mereka yang suka dengan keindahan gunung-gunung, korang wajib ke Gunung Bromo yang mempunyai banyak tarikan menarik.

Malah, kos perbelanjaan sewaktu di sana juga hanya memerlukan sebanyak RM 105.45 sahaja, murah kan!

Tambahan, korang tidak perlu risau dengan harga makanan kerana sate dan bakso hanya RM 8 sahaja.

Di Gunung Bromo, korang dapat melihat ‘sunrise point‘ yang memerlukan korang untuk mendaki, kawasan Kawah Bromo, Pasir Berbsisik dan Savana serta Bukit Teletubbies.

Selesai di Gunung Bromo, korang akan daftar keluar dari hotel untuk meneruskan perjalanan ke Kampung Tridi yang perlu dibayar serendah RM 0.90.

Ia merupakan salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang bercuti ke Surabaya kerana di Kampung Tridi terkenal dengan rumah yang warna warni serta laluan yang dihiasi grafiti.

Seterusnya, untuk ke Kota Surabaya semula korang perlu menggunakan ‘angkot’ tetapi perlu berhati-hati untuk tidak mudah tertipu dengan harga yang diberi.

Bukan itu sahaja, untuk melancong ke negara jiran korang juga perlu pandai berbahasa Indonesia sekurang-kurangnya asas, ini dapat memudahkan proses tawar menawar sewaktu di sana.

Tunjungan Street pula merupakan syurga makanan buat pelancong kerana segala jenis makanan ada terdapat di sana.

Sebagai contoh, mee ayam, bakso, pentolan, ayam geprek dan banyak lagi, malah harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia.

Meneruskan lagi perjalanan ke Pasar Kodam Brajiwiya untuk mencari cenderamata, korang boleh menaiki pengangkutan ‘gojek’ iaitu yang berharga RM10.

Selesai sudah percutian hari ketiga di Kota Surabaya dan untuk ke lapangan terbang, korang boleh menggunakan ‘gojek’ yang berharga RM17.65.

Bagi keseluruhan kos perbelanjaan di sana, korang hanya perlu berbelanja sebanyak RM1,200 sahaja kerana sudah cukup untuk meneroka Kota Surabaya.

Tip penting

Untuk penggunaan Simkad korang hanya perlu aktifkan data roaming sahaja iaitu RM20 untuk seminggu, jangan lupa aktifkan sebelum menaiki kapal terbang tau!

Sebelum ke Gunung Bromo dan Tumpak Sewu, korang sudah mencari pemandu pelancong dan hotel bagi mengelakkan kelam kabut di kemudian hari.

Kredit: Facebook

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Terbaik lah! Ini baru lah boleh dijadikan contoh kepada generasi muda.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version