Oh! Tidak

Usahawan Terkenal Berdepan Detik Cemas, Dedah Hampir Dirogol Lelaki Asing

Published on

Baru-baru ini, seorang usahawan berkongsikan kisah serta detik-detik cemas yang dilalui olehnya sewaktu sedang bekerja di kedainya di Australia.

Melalui hantaran di Facebook, usahawan itu menceritakan kisahnya diugut serta hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki berbangsa Arab.

Difahamkan daripada perkongsiaan usahawan tersebut, sudah beberapa hari dirinya tidak membuka kedai akibat masih trauma dan anxiety setelah melalui detik hitam itu.

Dalam pada itu, dia berkata kejadian ini sudah menjadi kes polis dan kini sedang mendapat rawatan terapi di Australia kerana trauma yang kini sedang dilalui olehnya.

Malah, difahamkan, kejadian hampir dirogol itu sudah terjadi lama iaitu pada 17 Februari tetapi dia mengambil langkah untuk mendiamkan diri kerana sedang mengambil ubat demi depression.

Di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat dirinya dan meminta orang ramai untuk lebih bersimpati atas ujian yang sedang dilalui oleh usahawan tersebut.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version