Suspek bagaimanapun telah ditahan semasa kejadian dan kini pihak Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani telah mengeluarkan arahan reman empat hari.
Ketika kejadian, suspek yang menunggang Yamaha Y125ZR telah melanggar sekatan jalan raya dan merempuh Pegawai JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.
Hasil siasatan juga mendapati suspek ada lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah. Dia juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan dah tamat tempoh sejak 2012.