Oh! Tidak

Netizen Jumpa Roti Kukus Dipenuhi Lipas, Penjual Buat Muka Tak Bersalah Bila Tegur

Published on

Tular di TikTok baru-baru ini mengenai satu video menunjukkan hidangan roti kukus yang dijual kepada pelanggan dipenuhi dengan lipas. Eee, betul ke ni?

BACA: Bukan Penghalau Lipas, Ini Fungsi Sebenar Ubat Gegat

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, kejadian dikatakan telah berlaku di sebuah kedai makanan Seksyen 7, Shah Alam.

Penuh lipas

https://www.tiktok.com/@mrs_aj78/video/7213009593503403291?_t=8azE4KSBzsI&_r=1

Kata individu itu, pekerja di restoran kekal bersahaja dan membuat muka tidak bersalah walaupun telah ditegur mengenai roti itu. Di ruang komen pula, rata-rata netizen mengkritik kebersihan di restoran berkenaan dan ada yang meluahkan rasa terkejut melihat banyak betul lipas berkeliaran!

Kalau kami dah tak pergi dah restoran di situ, apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version