Panas di media sosial mengenai video yang memaparkan seorang penyokong bola sepak tempatan bertindak membaling air yang bercampur sos kepada orang ramai.
Video yang berdurasi 32 saat itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata mengkritik tindakan penyokong terbabit dan dianggap sebagai ‘mentaliti kelas ketiga’.
‘Vibe’ katanya
Menurut salah seorang pengguna Twitter, terdapat penyokong bola sepak yang lain memberitahunya bahawa tindakan lelaki dalam video tersebut adalah sebagai hiburan dan vibe bagi memeriahkan suasana sahaja.
Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat tidak bersetuju dengan cara berhibur itu kerana telah mengotorkan kawasan sekitar stadium.