Oh! Tidak

Lelaki Meraung Kereta Kena Rampas, Rupanya Ibu Cagar Sebab Gagal Bayar Hutang Ah Long

Published on

Tular di media sosial video pendek memaparkan detik cemas seorang lelaki apabila kereta Perodua Axia miliknya dirampas ketika berhenti di lampu isyarat.

Dalam rakaman itu, kelihatan kenderaannya dihalang daripada depan dan belakang. Beberapa orang lelaki menariknya keluar dan segera melarikan kereta itu.

Rupanya mak cagar kereta untuk hutang ah long

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie mengesahkan tiga orang suspek telah ditahan di lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta Butterworth.

Kesemua suspek difahamkan diupah untuk merampas kereta itu selepas ibu mangsa gagal membayar hutang.

Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.

Melalui perjanjian bertulis, ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta berkenaan sekiranya gagal membayar pinjaman terbabit.

Kini kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo! | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version