Oh! Tidak

Gambar Mayat Zayn Rayyan Tersebar, Polis Siasat Kes Di Bawah Akta Rahsia Rasmi

Published on

Sebelum ini, sebuah akaun Telegram sekali lagi menyebarkan maklumat berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan. Kali ini, ia melibatkan gambar yang didakwa kesan kecederaan pada mayat Zayn.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam pada itu turut mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berkenaan penyebaran ini.

Siasatan berkaitan penyebaran gambar ini akan diteruskan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Siasatan penyebaran maklumat kes ini perlu kerana ia sudah pasti akan ganggu perbicaraan kes di mahkamah nanti.

Tindakan undang-undang juga akan diambil ke atas mana-mana individu yang berkongsi kandungan tersebut.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version