Seorang pelawak dari Singapura mencetuskan kontroversi apabila didakwa membuat lawak menghina negara Malaysia termasuk tragedi MH370. Pelawak itu dipercayai membuat persembahan stand-up comedy itu di pentas Comedy Cellar di USA.
Pelawak itu dilihat menyentuh mengenai sejarah Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan suatu ketika dahulu. Katanya, selepas 40 tahun, Singapura dilihat jauh lebih maju jika dibandingkan dengan Malaysia yang masih membangun.
Lebih menyedihkan apabila pelawak itu menggunakan kata-kata kesat menghina negara tanpa sebarang ‘punchline’ untuk menjadikan perbuatannya itu sebagai lawak.
Meninjau ke ruangan perkongsian pelawak wanita itu, orang ramai mula menyerangnya kerana memainkan sensitiviti negara. Dia juga dianggap melampau kerana menjadikan tragedi kapal terbang sebagai jenaka.
Menerusi perkongsian video di TikTok, seorang lelaki tampil memberi reaksi kurang menyenangkan mengenai lawak itu.
Sedar dirinya dikecam, wanita ini berkata ramai yang mengambil lawak jenakanya dengan terlalu serius.
Kredit: TikTok @marvinhustlin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.