Seorang wanita menanggung akibat selepas disabitkan bersalah di atas pertuduhan membunuh bayinya sendiri pada 2017.
Wanita yang sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena itu dilaporkan terlanjur dengan teman lelaki ketika berada di tahun pertama universiti. Semasa kesalahan dibuat, dia baru berusia 19 tahun.
Banduan akhir dijatuhi hukuman mati
Menerusi perkongsian aktivis masyarakat Natipah Abu di TikTok, banduan akhir itu tak tahu bahawa dirinya mengandung dan melahirkan bayi luar nikah di tandas kolej selepas merasa sakit perut.
Bayi yang dia sendiri tidak lihat walau sebelah mata itu jatuh ke dalam mangkuk tandas lalu mati. Bayi lelaki itu merupakan benih cinta terlarang dia dan kekasih hati yang kini entah di mana. Ketika itu dia baru 19 tahun. Sudah 7 tahun segalanya berlalu. Dia merayu pengampunan dari Allah SWT.
Di penjara, dia tak dibenarkan mendekati rakan senasib dan dikurung seorang diri di dalam selnya. Semasa bertemu dengan wartawan di majlis berbuka puasa, banduan ini meluahkan rasa rindu dengan rendang dan ketupat hasil air tangan ibu.
Kredit: Natipah Abu | Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.