Whatsapp merupakan aplikasi permesejan paling popular bagi pengguna Android dan iOS. Untuk pengetahuan, mereka telah memperkenalkan fungsi baru bagi kesemua pengguna iaitu ‘View Once’.
Fungsi ‘View Once’ ini membolehkan penerima melihat gambar ataupun video yang dihantar oleh pengguna hanya sekali sahaja. Pergh! Terbaik dan lebih privasi.
Caranya mudah jer, korang pilih saja gambar ataupun video dalam galeri untuk dihantarkan kepada penerima dan tekan butang ‘View Once’ yang ada disebelah butang ‘hantar’ itu.
Fungsi ini merupakan fungsi sama yang ada pada Direct Message di Instagram. Selamat mencuba!