Telefon pintar ini mungkin hadir dengan skrin sebesar 6.4 inchi jenis AMOLED yang menyokong sehingga 90Hz refresh rate. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 680.
Untuk memori, ia didatangkan dengan RAM sebesar 8GB dan storan dalaman sebesar 128GB. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh yang menyokong 33w pengecasan pantas menggunakan USB Type-C.
Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 108 megapixel yang menggunakan Samsung HM6 sensor + 8 megapixel ultra lebar + 2 megapixel makro. Untuk kamera hadapan pula hadir dengan 16 megapixel.
Korang berminat dengan spesifikasi yang ditawarkan pada Realme 9 ni? Sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan pada 20 April nanti ya.