Oh! Tech

Kurangkan Gaji RM1,500 Kepada RM1,200 Galakkan Majikan Ambil Pekerja Tempatan

Published on

Kecoh di media sosial sekarang ni tentang gaji minimum dari RM1,500, diturunkan pula kepada RM1,200. Betul ke apa yang berlaku ni? Baru-baru ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Malaysianization sebagai penambahbaikan untuk Penjana Kerjaya 3.0.

Program ini bertujuan untuk memastikan lebih banyak pekerja tempatan diambil berbanding pekerja asing. Disebabkan itu, antara penambahbaikkan yang dicadangkan adalah mengurangkan gaji pekerja tempatan. Perkara ini dinyatakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Program ini menggalakkan majikan menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan dengan melonggarkan syarat kadar gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,200.

Ramai berpendapat pengurangan gaji ini amat tidak patut.

Bagaimanapun ada seorang pengguna Twitter @nazaaaaa13 yang menjelaskan maksud sebenar penambahbaikan yang diumumkan kerajaan, Dia memaklumkan bahawa sebelum ini hanya mereka yang bergaji RM1,500 ke atas sahaja akan menerima insentif dan kali ini pekerja dengan gaji RM1,200 juga layak menerima insentif.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version