Oh! Tech

DJI Lancar Gimbal Terbaru Dengan Nama OM5, Dijual Pada Harga RM689

Published on

DJI Osmo Mobile merupakan gimbal yang selalu digunakan oleh videographer untuk menstabilkan video yang mereka rakam. 

Untuk pengetahuan, DJI telah memperkenalkan gimbal model terbaru yang ditukar nama kepada OM5. Apa yang boleh dilihat, gimbal baru dari DJI ini lebih kompak berbanding versi sebelum ini sekaligus memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana saja.

Bukan tu jer, DJI juga telah menambahbaik penjejak imej serta binaan dan sokongan untuk meletakkan telefon pintar. Ia juga hadir dengan pelbagai mod rakaman, antaranya ialah Dynamic Zoom, Motionlapse, Timelapse dan beberapa lagi.

Sekiranya berminat, korang boleh membuat pra-tempahan DJI OM5 ini di laman web Harvey Norman sekarang dengan harga RM689. Korang juga akan dapat pengapit magnetik, tripod, cable, beg dan tali sekali nanti.

Kredit: Harvey Norman 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version