Oh! Tech

CIMB Tidak Letakkan Masa Dapat Atasi Masalah Perkhidmatan ‘Instant Transfer’ Yang Tergendala

Published on

Sebut je pasal CIMB, mesti ramai yang dapat agak kan? Tambah lagi bagi perkhidmatan online banking mereka, CIMBClicks. Kah! Tengah problem ke tu? 

Menerusi laman web rasmi CIMB, mereka mengatakan yang sekarang ni trafik penggunaan CIMB agak tinggi dari kebiasaan dan berkemungkinan inilah penyebab kenapa laman mereka jadi perlahan.

Bukan tu jer, CIMB juga maklumkan yang perkhidmatan Instant Transfer pada CIMBClicks tergendala buat masa ni. Dekat laman web mereka juga, CIMB tidak meletakkan tarikh dan masa bila masalah ini dapat diatasi. 

Jadi, kepada pengguna CIMB tu disarankan untuk gunakan DuitNow ataupun Interbank GIRO buat masa ni untuk melakukan transaksi ke akaun lain.

Kredit: CIMBClicks

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version