Oh! Tech

Boleh Cetak Sijil Vaksinasi Dalam PDF Guna MySejahtera

Published on

Orang ramai dah boleh mencetak sijil digital vaksinasi menggunakan Format Dokumen Mudah Alih (PDF) menerusi aplikasi MySejahtera.

BACA : MySejahtera Dikemaskini, Status Vaksinasi Dipapar Selepas Imbas Kod QR

Menurut laporan Kosmo, fungsi aplikasi itu juga turut ditambahbaik dengan menawarkan tarikh lahir individu dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter.

Kemaskini terbaru di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF.

Kemaskini baru ini sekaligus dikatakan memudahkan rakyat dan rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM). 

Walaubagaimanapun, kemaskini ini masih belum boleh digunakan oleh segelintir pengguna yang menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version