Menurut laporan Fuzz.my, ia didatangkan dengan dua varian iaitu ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro yang menawarkan spesifikasi dan fungsi yang dipertingkatkan.
Untuk ROG Phone 5s, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+ AMOLED bersama paparan 144Hz serta menyokong kandungan HDR10+. Telefon pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888+ yang didatangkan dengan dengan RAM sehingga 18GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Baterinya pula dilengkapi dengan 6,000mAh dengan teknologi dua sel bateri bersama pengecasan pantas HyperCharge 65W.
Untuk kamera pula, kedua-dua varian didatangkan dengan tri-kamera iaitu kamera utama 64MP , 13 MP kamera sudut lebar dan 5 MP kamera mikro. Untuk kamera hadapan pula ia hadir dengan 24 MP.
Siri Asus ROG Phone 5s ini akan dijual bermula RM2,999. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh pra-tempah bermula 8 Oktober sehingga 24 Oktober dan akan menerima ROG Strix GO 2.4 yang bernilai RM749 secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman web rasmi mereka ya.