Tular di media sosial mengenai video seorang lelaki memberi sebiji epal kepada seorang gelandangan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Undang sebak
Dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Herman sedang menunggu di dalam kereta dan ternampak seorang gelandangan sedang mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain.
Herman memberikan sebiji epal kepada gelandangan tersebut dan reaksi gembiranya sedikit sebanyak mengundang perasaan sebak netizen yang melihat video itu.
Kerana sebiji epal, gugur air mata.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut berasa sedih dan mengucapkan rasa syukur dengan rezeki yang mereka ada.