Tiap kali kita buka Facebook rasmi pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memang tak pernah berehat dari membantu mereka yang memerlukan.
Pada waktu ini Ebit Lew berada di Sabah dalam misi bantuannya. Perkongsian terbaru Ebit Lew menunjukkan dia berasa gembira selepas akhirnya berjaya memasang Wifi internet untuk memudahkan pelajar di sebuah kampung.
Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan Tab dan basikal untuk 10 pelajar terpilih yang benar-benar susah.
Saya dapatkan internet dengan pasang disebuah kedai. Kami akan bayar bulan-bulan until kegunaan anak disini dan yang memerlukan. Disebelah kedai sebelum jambatan.
Tengok muka anak ini gembira, saya lagi rasa gembira sangat. Belajar rajin-rajin yer adik semua. Terima kasih cikgu dan semua-ebitlew. – Tulisnya
Memang tak dapat dinafikan memang itulah bantuan yang diperlukan mereka pada waktu ini memandangkan sekolah tidak dapat dibuka dan banyak keluarga tak mampu untuk menyediakan kemudahan untuk anak-anak.