“24 tahun tapi wajah 45 tahun”, itulah komen netizen yang selalu diterima Nurul Ilyana Zulhuda yang juga merupakan seorang usahawan muda dan memiliki butik dan spa.
Sebelum ini tersebar satu video TikTok dengan komen tersebut dengan lebih 400,000 tontonan selepas pengikutnya selalu membandingkan wajahnya yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya yang baru berusia 24 tahun.
Nurul Ilyana kemudian berkongsi cerita bersama mStar yang juga merupakan seorang ibu tunggal dengan seorang cahaya mata lelaki berusia 4 tahun.
Saya sebenarnya baru berjinak-jinak menggunakan TikTok untuk tujuan marketing bisnes butik dan spa saya. Baru saja beberapa bulan buka, itu pun rakan yang ajarkan.
Tiba-tiba dapat komen yang tiada kena mengena. Pada mulanya saya sangka mereka nak komen mengenai status, tapi lain pula yang mereka bangkitkan. Ada kata saya ‘cucuk’ wajah. – Ujarnya kepada mStar.
Ilyana juga mengakui yang dia sudah biasa dengan tanggapan orang termasuk pelanggannya sendiri yang menyangka dia 30an. Apapun, Ilyana terima dengan hati terbuka dan selesa dengan penampilannya sekarang.
Siapa yang mengikuti Ilyana bolehlah sokong perniagaan dia. Bagus juga Ilyana guna penampilan yang lebih matang untuk memastikan perniagaannya berjaya. Orang muda kena ambil peluang yang ada!