Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak menerima gaji sejak dari fasa Covid-19 bermula.
BACA: Terkini! Anwar Ibrahim Dan Muhyiddin Dititah Untuk Menghadap Agong Jam 4.30 Petang Ini
YDP Agong tidak menerima gaji dari pihak kerajaan persekutuan disebabkan oleh masalah ekonomi akibat Covid-19, kata Anwar Ibrahim.
Prihatin dengan rakyat
Anwar selaku Ahli Parlimen Tambun memaklumkan bahawa YDP Agong tidak menerima apa-apa gaji kerana memandang serius masalah ekonomi negara.
Saya juga nak sebut, bila kita kata kita laksanakan potongan gaji bagi menteri, dan penolakan gaji oleh Perdana Menteri, saya umumkan YDP Agong sebenarnya telah menolak gaji sejak COVID-19. Jadi, Tuanku lebih awal dari saya. – Anwar Ibrahim
Perdana Menteri itu juga menambah bahawa sumbangan yang dilakukan oleh YDP Agong itu memandang jelas mengenai masalah ekonomi yang dekat dengan kehidupan rakyat.
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media