Oh! Negara

Terkini! Anwar Ibrahim Dan Muhyiddin Dititah Untuk Menghadap Agong Jam 4.30 Petang Ini

Published on

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh waktu diberikan Yang di-Pertuan Agong kepada semua parti politik untuk mengemukakan calon Perdana Menteri Ke-10 sudah pun tamat kira-kira satu setengah jam yang lepas.

BACA: “Nak Pi Office, Lepas Tu Balik Rumah” – Reaksi Tenang Anwar Ibrahim Buat Netizen ‘Salute’

Sepanjang tempoh masa diberikan, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ketua pemimpin PH dan PN juga dititah menghadap Agong

Kini, difahamkan kedua-dua pemimpin parti itu dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong menerusi satu kenyataan dibuat Istana Negara di Facebook.

Debaran kian terasa. Sama-samalah kita tunggu keputusannya ya?

Kredit: Facebook Istana Negara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version