Oh! Negara

Tergempar! Bangunan Kementerian Kewangan Terbakar

Published on

Terdapat beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan salah sebuah bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya mengalami kebakaran pada petang tadi. Biar betul?

Jurucakap Kementerian Kewangan telah mengesahkan terdapat kebakaran yang berlaku di bangunan mereka dan bakal mengeluarkan kenyataan nanti.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi itu berjaya dipadam anggota bomba. Alhamudlillah..

Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan punca kebakaran dipercayai dari sisa pepejal di tapak pelupusan sampah dan perkara ini dikatakan sendiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

Kredit: FMT | Twitter Nisa Zul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version