Oh! Negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin Bebas Empat Tuduhan Terima Suapan RM232.5 Juta

Published on

Hari ini 15 Ogos 2023, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Sebelum ini rasuah itu dikatakan diterima Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Bersatu untuk kegunaan parti.

Keputusan ini dilakukan oleh Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version