Oh! Negara

“Tak Menyalahi Akta” – Muhyiddin Jelaskan Akta Lompat Parti Tak Halang Ahli Parlimen Beri Sokongan Padanya

Published on

Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin bahawa dirinya sudah mendapat majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada esok hari.

BACA: PN Dakwa Cukup Kerusi, Anwar Pula Yakin Jadi Perdana Menteri Kerana Cukup Majoriti

Perkara itu disahkan sendiri oleh Muhyiddin menerusi satu sidang media yang dibuatnya sekitar tengah malam tadi.

Menurutnya, sokongan daripada beberapa ahli parlimen daripada parti bebas dan beberapa ahli parlimen daripada pimpinan-pimpinan tertentu akan menabalkan dirinya sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.

Muhyiddin juga mendedahkan ia merupakan hak buat setiap ahli parlimen untuk menyokongnya meskipun mereka datang daripada parti dan fahaman politik yang berbeza.

Jadi kalau ada ahli parlimen yang buat keputusan untuk menyokong saya, itu hak ahli parlimen yang bersandarkan pada perlembagaan negara.

Perlembagaan kata, seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli parlimen. Kalau ikut istilahnya 112 kerusi, dan dia (perlembagaan) tak sebut mesti datang (kepercayaan) daripada parti A, parti B, ataupun parti C.

Dalam pada itu, ketika ditanya wartawan adakah sokongan yang diberikan daripada ahli parlimen BN kepadanya dikira melanggar akta anti lompat parti, Muhyiddin mendakwa bahawa perbuatan itu sama sekali tidak melanggar perlembagaan itu.

Ia tak menghalang mana-mana parti dan ia memang tak melanggar peruntukan akta itu. Ini kerana, mereka tak keluar daripada parti tapi mereka secara individu menyatakan sokongan kepada saya.

Jadi ia sama sekali tak menyalahi akta anti lompat parti.

Fuh makin lama makin mendembarkanlah, dah macam tengok perlawanan akhir bola sepak dah. Sama-samalah kita tunggu ya.

Kredit: Twitter Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version