Anak kepada Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah mengaku sebagai anak sulung dia bertanggungjawab menjaga benteng keluarga daripada serangan luar.
Manakala adik perempuannya yang merupakan anak kedua menjaga hal-hal dalaman iaitu segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan ‘internal affairs’.
Kata Nurulhidayah, sebagai anak yang menjaga ‘external affairs’ keluarga, dia paling dikenali dan teruk dihentam dalam sesuatu isu. Namun, dia sama sekali tak kisah dan rasa ianya satu tugas yang berbaloi.
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah buat kami malam ini. Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ dari Allah untuk memastikan Abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti.
Dia dan adiknya menerima ‘amanah tambahan’ daripada Allah SWT selepas bapanya dilantik sebagai TPM kerajaan perpaduan.
Mereka akan memastikan bapa sentiasa sihat dan tenang untuk menjalankan tanggungajawab baharu nanti.