Kecoh semalam apabila parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan telah memecat beberapa tiga pemimpin selepas didakwa telah mencela parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu disahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi selepas satu perbincangan diadakan majlis tertinggi itu semalam.
Annuar Musa dan isteri Shahidan Kassim antara yang dipecat
Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ketereh disahkan menjadi antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya.
Memetik laporan Bernama, selain Annuar, dua lagi pemimpin yang dipecat adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang merupakan isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.
Untuk info, jawatan Shamsiah dan Fatimah telah pun digantung buat sementara pada bulan lalu selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Fatimah yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga didapati bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.
Sementara itu, Annuar pula dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama PH.
Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada UMNO, Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.