Terkini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitah agar Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan bagi membaiki jalan yang rosak dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang.
BACA: Dikritik Netizen Pakai Kasut Berharga RM5.5K, Anwar Jelaskan Ia Pemberian Sultan Johor
Menurut baginda, isu yang sama juga berlaku di Jalan Johor Bahru-Mersing dan mampu membahayakan pengguna.
Baiki jalan
Sebelum ini, Sultan Ibrahim telah meminta Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan segera janji menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong.
Lihat juga keadaan jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya Jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya. Habis rim kereta saya pun bengkok. Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara.
Baginda berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail semalam.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media