Tidak dapat dinafikan, cabaran bagi setiap pemimpin yang bertanding Pilihan Raya Umum adalah menghadapi serangan demi serangan pihak lawan. Namun, janganlah sampai mengeluarkan fitnah hingga menyebabkan orang ramai salah erti.
Terbaru, serangan ini diterima calon Parlimen Sungai Buloh dari Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin (KJ) apabila tersebar tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikatakan dari KJ yang dilihat memaki hamun calon Parlimen Rembau, Mohamad Hassan (Tok Mat) dan ingin menjatuhkan beliau di sana.
Destroy him in Rembau
Source: trust me bro
Sedar perkara ini tersebar, KJ bagaimanapun tidak berdiam diri dan menafikan sekeras-kerasnya serta turut menyatakan apa yang tersebar adalah satu fitnah. KJ turut membuat laporan polis dan SKMM serta meletakkan nama akaun DR. Bigger untuk disiasat.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media